
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pusat pemindahan yang dibuka pada pukul 8 malam itu adalah di Surau Kampung Seri Ketengga dan Dewan Orang Ramai Kampung Keda Batu 8.
“Setakat ini tujuh keluarga berpindah ke Surau Kampung Seri Ketengga membabitkan 25 orang dan tujuh keluarga lagi seramai 25 orang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Keda Batu 8 Batu,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, antara kampung lain yang terjejas banjir ialah Kampung Batu 60, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Bendang Sera, Kampung Bawah Gunung, Kampung Pokok Sena dan Kampung Lubuk Pedati.
Katanya, hujan lebat selama tiga jam bermula 4 petang menenggelamkan beberapa kawasan rendah, termasuk kediaman penduduk berdekatan tepi sungai.
Mohd Faizol berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan banjir dan akan memindahkan penduduk yang terjejas secepat mungkin bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pejabat APM di talian 04-4701546 atau Bilik Gerakan APM (24 Jam) di nombor 04-4701626.