Projek bernilai RM1.3 bilion khusus untuk kontraktor Bumiputera

Projek bernilai RM1.3 bilion khusus untuk kontraktor Bumiputera

Ia dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera sedia ada dan baru berdaftar.

KUALA LUMPUR: Projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion akan dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera sedia ada dan baru berdaftar, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan membuka semula pendaftaran bagi Kontraktor Bumiputera Gred 1 (G1) mulai 1 Sept 2019 dan menerima 946 permohonan pada akhir September.

“Kerajaan sedang menambah peluang kepada lebih ramai kontraktor Bumiputera untuk menyertai perolehan kerajaan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.