Tak perlu ke Maldives hanya di Thailand ada hotel pemandangan cantik

Tak perlu ke Maldives hanya di Thailand ada hotel pemandangan cantik

Dengan harga RM620 percutian seakan-akan berada di Maldive hanya di negara jiran.

Siapa yang tidak suka jika bercuti di tempat yang cantik ditambah lagi dengan pemandangan yang indah.

Dan setiap kali pasangan baru berkahwin jika ditanya tempat yang mereka hendak berbulan madu pasti nama Maldives yang akan keluar dari mulut mereka.

Namun disebabkan harganya yang mahal membuatkan ramai tidak mampu untuk berbelanja besar hanya untuk berbulan madu.

Tapi jangan terkejut jika ada tempat penginapan yang jauh lebih murah daripada di Maldives dan hampir sama kecantikannya.

Z9 Resort yang terletak di Kanchanaburi, Thailand ini bukan sahaja tampil dengan rekaan yang cantik tetapi mampu membuatkan anda terpukau dengan pemandangan yang indah dan menakjubkan.

Keunikan Z9 Resort ini dapat dilihat kerana ia terapung diatas tasik dan berada jauh dari hiruk pikuk kota yang pasti mendamaikan dan memberikan anda privasi bersama yang tersayang.

Resort ini mempunyai 20 bilik dan setiap bilik tersedia dengan balkoni privasi yang membolehkan anda melihat keindahan matahari terbit dan terbenam, tasik dan gunung yang berada di situ.

Malah, terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti berkayak atau jet-ski atau berkunjung ke air terjun Erawan.

Jika anda ingin menginap di sini, harga bermula daripada THB4500 (RM620) untuk satu malam.

Untuk pengetahuan anda, Z9 Resort ini pernah mendapat anugerah kerana hospitaliti yang ditawarkan pada tahun 2018 daripada Interior Design Reward.

Anda kini tidak perlu berbelanja lebih untuk berbulan madu dan anda masih boleh menikmati percutian yang menakjubkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.