
Dalam pelaburan hartanah, di antara perkara yang paling ditakuti oleh pemilik hartanah adalah kesukaran mendapatkan penyewa.
Jika sudah mendapat penyewa pula, satu lagi masalah yang boleh timbul iaitu masalah peribadi penyewa itu sendiri yang seringkali terjadi sehingga membuatkan rumah sewa itu bersepah, jijik dan kotor untuk dihuni seperti “neraka”.
Dalam hal ini beberapa tips anda boleh berikan kepada mereka supaya supaya hartanah anda tidak kosong dengan lama:
1. Harga mampu milik
Walaupun unit yang kita miliki itu terletak di kawasan yang strategik, tetapi kalau harga sewanya terlalu mahal, pasti ramai juga yang tak mampu untuk menyewa unit tersebut.
Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang.
Kalau dapat keuntungan sedikit tu pun dah dikira memadai daripada tidak ada langsung duit yang masuk bukan? Anda juga yang akan “sesak” untuk menyesaikan masalah ini nanti.
2. Diskaun jika bayar awal
Mungkin boleh cuba untuk tawarkan diskaun kepada penyewa sekiranya mereka bayar awal.
Walaupun potongan yang diberikan hanyalah RM20, tetapi para penyewa pasti akan menghargai niat baik kita.
Ini juga dapat mengelakkan masalah penyewa liat nak bayar sewa rumah.
3. Warna cat yang menarik
Walaupun sekadar rumah sewa, kondisi rumah tersebut tetap akan diberi perhatian oleh bakal penyewa.
Tidak kiralah jika tawaran sewaan unit tersebut murah, tetapi jika kondisi rumah tidak menarik, kita mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penyewa.
Di antara perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan mengecat unit tersebut dengan cat yang terang dan menarik.
Sudah menjadi naluri manusia untuk sukakan sesuatu yang cantik.
Jadi jangan kedekut untuk keluarkan sedikit modal agar rumah tersebut kelihat cantik, tertarik dan menarik.
4. Kelengkapan asas
Rumah sewa yang lengkap dengan barangan asas seperti perabot dan peralatan elektrik lebih digemari oleh golongan bujang dan juga pasangan yang baru berkahwin.
Bila dah sediakan benda-benda tersebut, kadar sewa boleh dinaikkan sedikit, berbanding kadar purata bagi unit yang sama.
Nampak seperti kadar sewa yang ditawarkan sedikit tinggi, tetapi ramai juga yang mencari rumah “semi-furnished” atau “fully furnished”.
5. Deposit rendah
Rata-rata penyewa mempunyai bajet yang kecil sahaja. Jadi, tidak perlulah mengenakan deposit yang tinggi.
Contohnya jika sewa bulanan ialah RM700, maka:
1+1 : 700 (cagaran) + 700 (sewa bulan pertama) = 1,400
2+1 : 1400 (cagaran) + 700 (sewa bulan pertama) = 2,100
2+1+1 : 1400 (cagaran sewa) + 700 (cagaran utiliti) + 700 (sewa bulan pertama) = 2,800
Boleh tawarkan deposit 1+1, pasti ramai yang tertarik untuk menyewa.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]