
Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman berkata tawaran yang turut dibuka di seluruh negara esok itu memberikan diskaun kepada mereka yang kehilangan kad pengenalan diri dan membuat permohonan gantian hilang MyKad di mana-mana pejabat.
“Pemberian diskaun ini hanya diberikan kepada pemohon yang hadir pada esok sahaja dan akan diberi pengurangan sebanyak 70% bagi semua permohonan kehilangan MyKad.
“Waktu pemohonan boleh dilakukan pada waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang di enam pejabat cawangan seluruh daerah negeri ini, serta di ibu pejabat JPN di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Tambahnya, bagi gantian MyKad cawangan di UTC Bandaraya Melaka dan ibu pejabat JPN, pemohon boleh mendapatkannya dalam tempoh satu hari, berbanding di pejabat cawangan yang akan mengambil masa antara tiga hingga lima hari.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi unit komunikasi korporat JPN negeri di talian 06-2326881 atau emel ke [email protected].