
MOSCOW: Seorang askar Russia yang berkhidmat di timur laut negara itu menembak mati lapan rakannya dan mencederakan dua yang lain hari ini selepas mengalami masalah saraf, kata Kementerian Pertahanan.
Menurut laporan agensi berita Interfax, askar itu ditahan manakala dua yang cedera sedang dirawat di sebuah hospital tentera.
Mereka dikatakan stabil.
Insiden itu berlaku di sebuah kemudahan tentera di wilayah Zabaikalsk.
Kenyataan Kementerian Pertahanan tidak mengatakan mengapa anggota tentera terbabit mengalami masalah saraf, tetapi berkata kejadian menembak terjadi ketika anggota berkenaan sedang dalam tukar waktu kerja di pangkalan tersebut.