Pemuda Australia rogol, bakar pelajar Israel dipenjara 36 tahun

Pemuda Australia rogol, bakar pelajar Israel dipenjara 36 tahun

Tertuduh, Cody Herrmann, 20, mengakui memukul Aiia Maasarwe dengan tiang logam, menyerangnya secara seksual dan kemudian membakar.

Pelajar Israel Aiia Maasarwe yang dibunuh dan dibakar selepas dirogol. (Gambar ABC News)
SYDNEY:
Mahkamah Agung Australia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun ke tas seorang seorang lelaki berusia 20 tahun kerana merogol dan membunuh pelajar antarabangsa, Aiia Maasarwe dari Israel di Melbourne awal tahun ini.

Maasarwe, 21, dibunuh ketika berjalan pulang selepas keluar bersama rakannya di Melbourne, bandar kedua terbesar di Australia pada Januari lalu.

Cody Herrmann, 20, mengakui memukulnya dengan tiang logam, menyerangnya secara seksual dan membakar.

“Wanita sepatutnya bebas berjalan di jalan-jalan sahaja tanpa rasa takut diserang,” kata Hakim Mahkamah Agung Elizabeth Hollingworth ketika menjatuhkan hukuman penjara maksimum 36 tahun ke atas Herrmann.

Dia mesti menjalani hukuman penjara 30 tahun sebelum boleh layak untuk parol.

Maasarwe adalah pelajar pertukaran Israel yang kematiannya mencetuskan perarakan memprotes di bandar-bandar utama di seluruh Australia yang menggesa keselamatan bagi wanita.

Ayah Maasarwe, Saeed, mengembara ke Australia untuk mendengar hukuman, dan di luar mahkamah dia menahan air mata ketika memberitahu wartawan yang dia akan mengingati Aiia sebagai seorang ceria dan suka membantu.

Tertuduh, Cody Herrmann, 20, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun hari ini. (Gambar ABC News)

“Dia memandang pada orang, tidak kira apa agama, apa bangsa, apa yang mana warna,” katanya selepas hukuman dijatuhkan.

“Inilah Aiia. Dia suka semua orang, semua manusia. Ini (bagaimana) saya mahu mengingati Aiia. “

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.