3 maut dalam insiden tembakan ketika parti Halloween di California

3 maut dalam insiden tembakan ketika parti Halloween di California

Pegawai bomba Long Beach mengesahkan tiga terbunuh dan sembilan cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah kediaman pada Selasa malam.

Polis memburu sekurang-kurang seorang suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian sejurus selepas insiden tembakan yang mengorbankan tiga orang di Long Beach, California. (Gambar AP)
LOS ANGELES:
Tiga maut manakala sembilan lagi cedera dalam satu insiden tembakan pada Selasa malam pada satu parti Halloween di Long Beach, California, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.

Anggota bomba dan polis Long Beach memberikan respons dalam insiden itu yang berlaku di sebuah kediaman pada kira-kira pukul 10.44 malam waktu tempatan.

Tiga lelaki disahkan maut dan sembilan lagi dikejarkan ke beberapa hospital tempatan, menurut Jake Heflin, pegawai maklumat awam Jabatan Bomba Long Beach.

Beliau berkata, lokasi kejadian “jelas kelihatan penuh dengan kekecohan” dalam satu video yang dikeluarkan bandar Long Beach.

Seorang penduduk tempatan memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa beliau mendengar “beberapa das bunyi tembakan” dan kurang 10 minit kemudian, “siren polis.”

Polis sedang memburu sekurang-kurangnya seorang suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian selepas insiden itu, menurut Los Angeles Times.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.