Lepas tembakan berhampiran Rumah Putih, individu bersenjata ditembak

Lepas tembakan berhampiran Rumah Putih, individu bersenjata ditembak

Insiden berlaku ketika Presiden AS Donald Trump hadir acara perniagaan kecil.

white house
Berlaku inisiden tembakan berdekatan Rumah Putih berhampiran Monumen Washington. (Gambar Envato Elements)
WASHINGTON:
Seorang individu bersenjata melepaskan tembakan berhampiran Rumah Putih di Washington, DC sebelum ditembak selepas berdepan dengan pihak berkuasa, menurut Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Insiden tembakan itu berlaku pada petang Isnin sekitar 15th Street dan Independence Avenue berhampiran Monumen Washington, ketika Presiden AS Donald Trump sedang menghadiri acara perniagaan kecil.

Pegawai membalas tembakan dan menembak suspek, kata Timbalan Pengarah Perkhidmatan Rahsia Matthew Quinn, sambil menambah seorang orang awam turut terkena tembakan, namun kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa.

Quinn berkata, konvoi kenderaan Naib Presiden AS JD Vance melalui kawasan itu tidak lama sebelum kejadian, namun tiada petunjuk ia menjadi sasaran.

Rumah Putih ditutup sementara selepas insiden itu, namun Trump dilaporkan meneruskan acara tanpa gangguan.

Jabatan Polis Metropolitan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan kawasan berkenaan telah dikawal rapi.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai mengelakkan kawasan itu kerana penutupan jalan dijangka berlarutan selama beberapa jam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.