Anggota penguat kuasa terima rasuah lindung pekerja asing ditahan

Anggota penguat kuasa terima rasuah lindung pekerja asing ditahan

Suspek ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

handcuff
Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke akaun Touch ‘n Go miliknya, kata sumber SPRM. (Gambar Freepik)
GEORGE TOWN:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada diambil tindakan undang-undang.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara November 2024 hingga April 2025.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke akaun Touch ‘n Go miliknya,” menurut sumber itu.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang Mustafa Kamal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.