MU serah kertas siasatan salah laku seksual kepada badan siasatan

MU serah kertas siasatan salah laku seksual kepada badan siasatan

Clive Sheldon mengetuai dalam siasatan yang membabitkan bekas pekerja Man U, Billy Watts berhubung serangan seksual kepada skuad senior dan junior.

Manchester United menyerahkan kertas siasatan berhubung salah laku seksual seorang bekas pekerjanya, Billy Watts kepada badan siasatan diketuai peguam Clive Sheldon. (Gambar Reuters)
LONDON:
Manchester United (MU) menyerahkan kertas siasatan berhubung salah laku seksual seorang bekas pekerjanya kepada badan siasatan diketuai peguam Clive Sheldon.

Menurut kelab bola sepak Inggeris itu, Billy Watts yang meninggal dunia pada 2009 telah ditugaskan untuk menjaga pemain dan bertugas di padang bagi kedua-dua skuad senior dan junior di The Cliff pada 1980an.

Menurut The Daily Telegraph, Watts telah dipindahkan dan ditugaskan di Old Trafford selepas dihukum atas kesalahan yang tidak diputuskan pada 1989.

United kemudiannya melaporkan perkara itu kepada siasatan penyalahgunaan, selain dua lagi pertuduhan yang dibawa ke perhatian kelab itu.

Menurut laman web sukan The Athletic, salah satu tuduhan itu berkaitan dengan serangan tidak senonoh terhadap seorang pemain muda.

“Semua orang yang ditemu bual memberikan kerjasama penuh dan maklumat yang berkaitan dengan bekas pengurus telah dimasukkan dan diserahkan kepada Manchester United untuk semakan.

“Mengenal pasti fakta dari tuduhan-tuduhan sejarah bukanlah proses mudah dan laporan mereka akan disertakan dengan isu berkaitan Manchester United yang dianggap relevan oleh pasukan kajian.”

Kes ini berbangkit semula selepas satu temu ramah pada Nov 2016 apabila bekas pemain muda bola sepak Crewe Alexandra, Andy Woodward mendedahkan penderaan seksual yang dilakukan terhadapnya daripada jurulatih ketika itu, Barry Bennell.

Bennell yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun atas kesalahannya melakukan serangan seksual terhadap budak lelaki turut menyaksikan ramai mangsa tampil ke hadapan selepas pendedahan Woodward.

Malah ia juga telah mendorong Persatuan Bola Sepak untuk membuat siasatan bebas secara mendalam berhubung skandal itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.