5 kes bunuh ngeri masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia

5 kes bunuh ngeri masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia

Kes jenayah berat seperti kes bunuh sering dipaparkan sama ada di dalam surat khabar, televisyen mahupun media atas talian sebagai maklumat kepada umum.

Kes jenayah terutamanya melibatkan pembunuhan seringkali mencuri perhatian masyarakat.

Tidak kira kes tersebut berprofil tinggi mahu pun orang awam.

Namun dalam kebanyakan kes jenayah, ada antaranya yang masih kekal misteri dan gagal dibongkar hingga kini.

Berikut beberapa kes pembunuhan misteri yang masih menjadi satu memori hitam dalam hati rakyat Malaysia.

1. Mona Fandey, bomoh dan pembunuh

(Gambar Bernama)

Kes tersebut telah selesai. Pembunuh telah dihukum mati. Kes ditutup. Bagaimanapun, apa yang terjadi di sekeliling dan keanehan pembunuh kes ini menyebabkan ia masih tersenarai dalam carta kes pembunuhan paling popular.

Pada 22 Julai 1993, polis menemui mayat Adun Batu Talam, Mazlan Idris yang dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar sebuah rumah di Pahang selepas 10 hari dilaporkan hilang.

Bekas penyanyi yang kemudian bertukar menjadi bomoh, Mona Fandey ditahan bersama suami Afendi dan pembantunya Juraimi. Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

Hukuman mati tetap dilaksanakan walaupun terdapat rayuan.

Ketika itu pada era 90-an tiada siapa akan melupakan perbicaraan Mona Fandey – Mazlan Idris.

Motif pembunuhan yang diketahui adalah kerana tamakkan harta dan wang ringgit.

Beberapa jam sebelum Mazlan dibunuh, mangsa telah dipujuk untuk mengeluarkan wang hampir RM300,000 dari beberapa bank di ibu negara.

Mazlan diberitahu kononnya wang tersebut boleh digandakan tetapi selepas beliau mandi bunga untuk kekebalan dan mengukuhkan lagi kedudukanya dalam bidang politik tanah air.

Selepas 2 minggu siasatan dijalankan, pada Julai 1993, Mona dan Affendi telah berjaya diberkas oleh anggota polis dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pada 12 september 1994, bermulalah perbicaraan kes pembunuhan di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

Perbicaraan ini telah membabitkan 7 orang juri. Akibat daripada kekejaman luar biasa si pembunuh, perbicaraan kes ini telah mendapat perhatian luar biasa dari masyarakat Malaysia.

Mahkamah Tinggi Temerloh akhirnya telah memutuskan pada 1995 ketiga-tiga suspek bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mereka telah ditempatkan di penjara Kajang selama 4 tahun sementara menunggu hukuman dilaksanakan.

Dan pada tahun 2 November 2001 di Penjara Kajang menandakan berakhirnya riwayat kisah yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia.

Mona Fandey juga meninggalkan seorang anak, Mazdiana.

2. Pembunuh Jalan Turi

Pada 23 April 1992, warganegara Amerika Syarikat berketurunan India, Arjun Talwar, 7, abangnya, Kabir, 11 dan pembantu rumah warganegara India, Natalia Fernandes, 30 tahun dibunuh di rumah banglo di Jalan Turi, Taman Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Pengawal keselamatan, Ariffin Agas diberkas, disiasat dan kemudian didapati bersalah membunuh 3 mangsa terbabit lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pada waktu kejadian, pesalah berusia 25 tahun.

Menurut laporan akhbar, mayat mangsa ditemui di dalam lubang takungan najis di belakang rumah mereka diami.

Pelbagai versi kejadian aneh serta menakutkan didakwa berlaku di rumah sama.

Sebilangan saksi mendakwa pernah melihat kelibat kedua kanak-kanak terbabit berdiri di sekitar pintu pagar utama banglo sebelum ini.

3. Isteri dikerat kerana curang

Di Lorong Limau Manis 2 di Bangsar Park, terdapat sebuah banglo yang dikelilingi taman berpuluh tahun lamanya.

Dilaporkan suaminya, Kingsley John Lewis, 32, telah membunuh isterinya yang dikatakan tidak setia dan melakukan hubungan intim bersama lelaki lain.

Tragisnya badan isterinya itu ditetak dan disembunyikan di sekeliling rumahnya, antaranya di bawah pokok dan pasu bunga.

Bagaimanpun ketika pendakwaan suaminya dibebaskan kerana memberi alasan untuk melindungi anaknya yang berusia 14 bulan daripada terus didera.

Banglo tersebut sehingga kini tidak didiami kerana dikatakan berhantu.

4. Perogol dan pembunuh

Mungkin ramai yang tidak tahu Malaysia mempunyai seorang perogol bersiri pada tahun 90-an.

Beliau ialah Lee Chow Meng, berasal dari Mentakab Pahang.

Dengan ketinggian lebih 6 kaki, ramai wanita yang begitu teruja dengan ketampanannya.

Namun selepas dia putus cinta dengan teman wanitanya yang berasal dari Kelantan, dia terus menjadikan wanita lain yang mempunyai iras dengan kekasihnya sebagai mangsa.

Modus operandinya ialah dengan membuat temujanji dan memasukkan dadah di dalam minuman wanita itu sebelum merogol dan membunuh kesemuanya.

Dia ditangkap pada Ogos 1997 selepas di suspek punca kehilangan lima orang wanita.

Bagaimanapun hanya satu kes sahaja berjaya dibuktikan.

Lee dijatuhkan penjara 15 tahun, namun dia mengalami radang paru-paru selepas empat tahun dalam penjara dan meninggal dunia.

5. Badan dikerat dan ditemui di parit

Kuala Lumpur 03 August 2011 Gan Wei Seng dikawal anggota polis ketika dibawa keluar dari mahkamah. (Gambar Bernama)

Pembunuhan penari dan penyanyi, Lily Chua, sungguh mengejutkan kerana dia bukan sekadar dibunuh malah turut dikerat dan dimasukkan ke dalam sebuah beg.

Mayat dicampak ke dalam parit di Jalan Langgak Tunku dan ditemui oleh seorang pemotong rumput.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.