Permohonan maaf kepada Lim Guan Eng dan pembetulan laporan

Permohonan maaf dan pembetulan laporan bertarikh 10 Nov 2019, bertajuk “Guan Eng dakwa Malaysia binasa jika diperintah ‘parti Melayu Islam'”, kami memohon maaf sepenuhnya kepada Lim Guan Eng, setiausaha agung DAP, atas sebarang kesulitan dan kesedihan yang dialaminya.

Kami akui laporan tersebut tersalah melaporkan ucapannya, dan tajuk laporan itu tidak mencerminkan ucapan tersebut.

Pada perenggan pertama laporan itu, FMT melaporkan “Malaysia akan punah dan binasa sekiranya sebuah ‘parti politik Melayu Islam’ memimpin negara ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini”. Ucapan beliau tidak sebut “punah dan binasa” dan “parti politik Melayu Islam”.

Kami telah membetulkan perenggan itu kepada “Malaysia akan ‘habislah’ sekiranya sebuah ‘parti pembangkang’ memimpin negara ini, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini”.

Laporan itu juga membawa tajuk “Guan Eng dakwa Malaysia binasa jika diperintah ‘parti Melayu Islam'”.

Kami telah membetulkan tajuk itu kepada “Guan Eng dakwa ‘habislah’ Malaysia jika diperintah sebuah ‘parti pembangkang’” .

FMT sedar laporan itu harus ditulis dengan tepat dan betul seperti ucapannya.

Dengan ini, kami sekali lagi memohon maaf dan menaikkan laporan yang sudah dibetulkan.