Kebanyakan peserta program PRK BN ‘orang luar’, kata Karmaine

Kebanyakan peserta program PRK BN ‘orang luar’, kata Karmaine

Karmaine Sardini percaya kebanyakan pengunjung acara BN bukan orang tempatan.

Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini.
PEKAN NANAS:
Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini percaya kebanyakan peserta program Barisan Nasional sempena pilihan raya kecil Tanjung Piai “orang luar”.

Beliau berkata penduduk tempatan tidak akan memakai seragam BN, yang kebiasaannya dipakai oleh jentera parti.

“Kebanyakan jentera yang membantu. Kalau baju biru semua orang luarlah. Tempatan tidak akan pakai baju macam itu,” katanya ketika ditemui pada satu majlis pecah tanah hari ini.

Karmaine diminta mengulas mengenai kehadiran orang ramai ke program-program PRK Tanjung Piai.

Tanjung Piai akan mengundi pada 16 Nov ini. Bagi Karmaine, kehadiran orang tempatan lebih baik berbanding kebanjiran orang-orang luar.

“Kehadiran 30 atau 40 orang (tempatan) lebih baik daripada 300 orang (luar),” katanya, dan menambah jenteranya lebih tertumpu kepada menemui penduduk secara berdepan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.