Nenek pemalu berubah menjadi ‘sado’

Kebiasaannya anda akan menjumpai seseorang yang bergelar nenek dalam keadaan lemah dan berjalan perlahan.

Dan apabila bergelar nenek pasti mereka akan sibuk bermain dengan cucu dan menghabiskan masa untuk diri sendiri.

Namun ia berbeza dengan seorang nenek yang bertubuh sasa hingga mencuri perhatian banyak pihak khususnya peminat sukan angkat berat di seluruh dunia.

Ini kerana bisepnya sahaja bersaiz 17 inci.

Robin Hillis, 48, dari Ontario memiliki tubuh sasa seperti itu tanpa mengambil sebarang suplemen dan hanya makan lima kali sehari.

Ia sekaligus membawa kepada perubahan mendadak daripada identiti asal yang merupakan seorang wanita pemalu, menjadi atlet yang memberi inspirasi kepada orang ramai.

Nenek kepada tiga cucu itu turut menerima pelbagai reaksi positif berhubung fizikalnya yang mengagumkan.

“Mempunyai anak tidak menghalang golongan wanita untuk mendapat badan ‘sado’ seperti ini,” katanya dipetik Dailymail.

Menurutnya, dia mula jatuh cinta dengan sukan bina badan selepas mula menyertai gimnasium untuk mengekalkan kecergasan tubuhnya.

Dia berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya dengan berat 90.72kg walaupun selepas kelahiran dua anaknya Katey, 23, dan Courtney, 21.

Usaha kerasnya selama beberapa tahun akhirnya membuahkan hasil pada 2014 dan dia kini mula menyertai liga profesional di seluruh dunia.

“Saya terima pelbagai reaksi, namun kebanyakannya adalah positif. Saya jarang terima komen negatif di media sosial atau secara berhadapan.

“Tidak sukar untuk dapat tubuh seperti ini walaupun ia sebenarnya bergantung kepada profil hormon, metabolisma dan gaya hidup individu,” ujarnya lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]