
Setiap kali anda menggunakan kenderaan, perkara yang perlu untuk anda periksa adalah komponen dalaman.
Ia bertujuan supaya tidak ada sebarang “musibah” yang melanda kereta anda ketika perjalanan untuk pergi ke mana-mana destinasi.
Antara perkara yang perlu anda periksa adalah minyak enjin kerana perlindungan adalah terhad dan ia perlu diganti bagi memastikan minyak enjin digunakan kekal bersih, dan berada pada paras kandungan ditetapkan dan mematuhi kelikatan disarankan pengeluar.
Pandulaju.com berkongsi beberapa tip bagaimana cara ingin mengenal pasti sama ada minyak enjin tersebut perlu ditukar atau tidak.

1. Enjin meragam sama ada bising atau gegar
Apabila minyak enjin kurang atau kotor, ia tidak dapat melakukan tugas pelinciran dan penyejukan komponen dengan bagus.
Ini membuatkan komponen logam bergesel dan berbunyi bising, serta akhirnya menyebabkan kegagalan enjin.
Isu panas lampau (overheating) juga boleh berlaku.
2. Terhidu bau terbakar
Jika anda terhidu bau terbakar dalam kabin, itulah tanda amaran yang menunjukkan enjin sedang mengalami masalah panas lampau dan minyak sedang terbakar dalam sistem ekzos.
Simptom ini datang bersama asal kelabu atau kebiruan yang keluar dari paip ekzos.
Sikap mengabaikan simptom ini boleh menyebabkan kerosakan serius ke atas kereta anda, dan berisiko menyebabkan enjin terbakar.
Jadi, sebaik saja mengesai simptom di atas, sila periksa tanda-tanda kebocoran dan segera gantikan minyak enjin.
3. Minyak hitam warna berkilat
Minyak enjin bersih biasanya berwarna coklat.
Selepas lama digunakan ia akan bertukar semakin gelap dan kemudian menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada enjin pembakaran dalaman.
Apabila memeriksa minyak enjin, pastikan tidak hanya perharikan paras minyak, tetapi juga tahap kejernihan.
Jika ia cair dan gelap, itu antara tanda minyak enjin perlu ditukar.
4. Lampu tekanan minyak / simbol aladdin menyala
Apabila lampu amaran tekanan minyak (juga dipanggil lampu Aladdin) menyala pada panel meter, itu bermakna enjin anda kini bergerak dengan kuantiti minyak enjin yang sedikit.
Kadang kala ia muncul bersama lampu enjin @ “check engine”, itu juga boleh jadi isyarat kepada masalah enjin secara keseluruhan yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan teruk.
Jadi, sebaik saja nampak lampu “Aladdin” atau lampu enjin, periksa segera paras minyak, tambahkan jika perlu dan bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa secepat mungkin.
5. Kuat makan minyak
Adakah anda perasan yang anda kerap mengisi minyak kereta kebelakangan ini? Jika ya, itulah tanda minyak enjin anda sudah teruk dan perlu ditukar.
Minyak enjin yang cair dan tidak cukup kelikatan boleh menyebabkan stres ke atas enjin.
Apabila enjin bekerja keras, maka lebih banyak bahan api perlu dihirup.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]