2 wanita cedera MPV dihempap pokok di Shah Alam

2 wanita cedera MPV dihempap pokok di Shah Alam

Mangsa tersepit dalam MPV Mitsubishi Xpander yang dihempap pokok tumbang berhampiran Pangsapuri Baiduri.

Keadaan kenderaan Mitsubishi Xpander yang dihempap pokok tumbang di Seksyen 7 Shah Alam yang menyebabkan dua wanita cedera, tengah hari tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua wanita cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang di Seksyen 7 Shah Alam pada tengah hari tadi.

Bomba Selangor dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima satu laporan pada 12.11 tengah hari berkaitan sebuah MPV jenis Mitsubishi Xpander yang dihempap sebatang pokok berhampiran Pangsapuri Baiduri.

Katanya, sekumpulan anggota dari Bali Bomba Shah Alam dikejarkan kejadian dan mendapati dua wanita tersepit dalam kenderaan itu.

Menurutnya kenyataan itu, kedua-dua mangsa yang berusia 39 dan 42 tahun itu mengalami kecederaan di kepala dan pinggang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.