Pemandu bas mogok: Persatuan pemandu ajak SKMK berbincang

Pemandu bas mogok: Persatuan pemandu ajak SKMK berbincang

Ia susulan perkhidmatan bas Cityliner di Kelantan lumpuh apabila lebih 100 pemandunya mogok kerana mendakwa tidak menerima gaji sejak 2 bulan lalu.

Perkhidmatan bas Cityliner di Kelantan lumpuh selepas lebih 100 pemandunya mogok, semalam.
KOTA BHARU:
Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia akan cuba mengadakan perjumpaan dengan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) bagi mencari penyelesaian terhadap masalah lebih 100 orang pemandu bas syarikat Cityliner yang bertindak melancarkan mogok.

Pengerusinya, Saadan Man berkata, “Dalam soal ini kita berharap ada jalan penyelesaian terbaik dan akan cuba mengetahui isu sebenar melibatkan SKMK,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam Bernama melaporkan perkhidmatan bas Cityliner di Kelantan lumpuh apabila lebih 100 pemandunya mogok kerana mendakwa tidak menerima gaji sejak 2 bulan lalu sehingga menimbulkan kesukaran kepada pengguna untuk berulang-alik.

SKMK adalah syarikat yang turut mengendalikan Plusliner, MARALiner dan Transnasional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.