Belum ada keperluan gantung semua penerbangan dari China, kata PM

Belum ada keperluan gantung semua penerbangan dari China, kata PM

Putrajaya juga belum dapat respon Beijing berhubung rancangan Malaysia membawa pulang rakyat di Wuhan dan Hubei.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun di majlis anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata belum ada keperluan untuk menggantung semua penerbangan dari China, tidak lama selepas kerajaan Sabah mengumumkan langkah itu ekoran kebimbangan mengenai wabak koronavirus.

“Belum lagi ada keperluan itu. Kita buat kajian sama ada perlu kita hentikan semua penerbangan ataupun cuma dari Wuhan dan wilayah Hubei saja,” katanya kepada pemberita di satu majlis anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew hari ini mengumumkan kerajaan negeri menggantung semua penerbangan dari China ke Sabah berkuatkuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

Penggantungan ini hanya sementara dan operasi akan disambung semula selepas keadaan kembali normal.

Ditanya mengenai rancangan kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di bandar Wuhan dan wilayah Hubei, Mahathir berkata Putrajaya belum dapat respon Beijing lagi.

“Kita baru mula bercakap,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.