
Lo, setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) cawangan Sarawak telah beberapa kali membuat cadangan itu dan baru-baru ini berkata, keengganan kerajaan negeri menerima cadangan itu menunjukkan bahawa ia hanya “tahu bercakap” tentang janjinya untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Beliau kerap mengaitkan cadangan itu dengan nasib rakyat Sarawak yang mecari kerja di luar negara dan menjadi mangsa sindiket penipuan.
“Isu berkait pekerja Malaysia yang bekerja di luar negara tertakluk di bawah undang-undang negara, bukan undang-undangh negeri. Lo sepatutnya tahu perkara ini, bukannya terus menyalak di tempat yang salah,” katanya.
Katanya adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia untuk memberi amaran kepada pencari kerja yang pergi ke luar negara.
“Tapi saya fikir, walaupun ia berbuat demikian, insiden penipuan pekerja itu akan tetap ada.”
Karim berkata, Lo “tidak cerdik” kerana menyalahkan kerajaan negeri berhubung perbuatan penipu.
“Adakah beliau bermaksud tidak akan wujud sindiket penipuan pekerja sekiranya portfolio sumber manusia diwujudkan dalam Kabinet negeri?
“Ini samalah dnegan kita berkata tidak akan berlaku jenayah sekiranya ada polis.”
Beliau berkata sindiket penipuan kerja “tidak ada kaitan” dengan peluang pekerjaan di Sarawak.
Pencari kerja sendiri perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipu, katanya.