
Sesetengah orang tidak boleh hidup tanpa adanya telefon pintar.
Ini kerana mereka terlalu ketagih dengan media sosial yang terdapat dalam setiap telefon pintar.
Malah anda mungkin pernah mengalami situasi anda rasa tak tentu arah atau resah tak tentu pasal kalau tidak periksa telefon anda.
Setiap kali buka telefon mesti rasa hendak tengok Instagram, Twitter atau Facebook mahupun TikTok.
Atau pernah tak anda rasa macam sudah bosan bila buka platform media sosial?
Ini berkemungkinan anda mengalami ketagihan media sosial yang agak kronik dan ketagihan ini mungkin membuatkan anda akan terus menjadi antisosial dengan keadaan dunia realiti.
Mungkin tidak semua orang tahu terdapat aplikasi yang boleh menyekat atau kunci aplikasi telefon pintar anda daripada terus ketagih.
Ia bukan sahaja khusus untuk aplikasi media sosial, tetapi juga termasuk aplikasi seperti game yang membuatkan anda sentiasa ingin buka dan main telefon pintar.
Digital Detox
Aplikasi Digital Detox ini membantu untuk menyekat penggunaan telefon pintar anda dari jangka masa yang pendek iaitu 30 minit sehingga jangka masa panjang hingga sebulan.
Apabila anda sudah tetapkan masa untuk detox, telefon pintar anda akan terus di “locked down” sehingga tamat tempoh masa yang ditetapkan.
Jadi pastikan anda komited untuk menggunakan aplikasi Digital Detox ini sebab apabila sudah bermula sesi masa untuk detox, anda langsung tidak boleh menggunakan telefon pintar anda.
Satu-satunya fungsi yang anda boleh guna telefon pintar anda bila tengah dalam waktu detox adalah untuk membuatkan panggilan kecemasan.
Satu lagi cara untuk anda guna balik telefon pintar anda semasa waktu detox adalah dengan “factory reset”.
Aplikasi Moment

Tentukan penggunaan masa telefon pintar atau tablet dalam rutin harian.
Dengan aplikasi Moment, ianya juga memberi notifikasi bila anda sudah hampir over limit penggunaan telefon pintar yang ditetapkan.
Jika anda menggunakan versi berbayar, aplikasi ini akan memaksa anda untuk berhenti menggunakan telefon pintar dengan mengeluarkan bunyi “buzzer” yang bingit.
Aplikasi ini juga dilengkapkan dengan life goal untuk pastikan anda lebihkan masa berkomunikasi di alam realiti daripada dunia di dalam screen telefon pintar anda.
“Put down your phone and get back to your life” itu kata-kata daripada pencipta aplikasi Moment, Kevon Holesh dimana aplikasi ini tercetus apabila beliau sering mengabaikan waktu bersama keluarga dan kawan-kawan.
Aplikasi Offtime

Aplikasi Offtime ini juga mampu menyekat penggunaan telefon pintar anda namun ianya juga didatang dengan ciri-ciri dimana anda boleh blok panggilan telefon, mesej dan notifikasi yang mungkin akan menganggu anda ketika waktu sekatan sedang dijalankan.
Yang menarik tentang Offtime ini ianya mempunyai fungsi untuk “custom auto-replies” yang akan memberitahu kepada mereka menggunakan mesej anda bila anda akan kembali mengunakan telefon pintar anda.
Offtime juga boleh mengehadkan akses kepada aplikasi yang paling kerap mengganggu anda.
Aplikasi Flipd

Selalu bila anda lepak, mesti anda akan bercakap dengan mereka-mereka yang sedang mengunakan telefon pintar mereka atau tak lepas langsung telefon pintar daripada tangan.
Aplikasi Flipd ini bukan sahaja boleh menyekat penggunaan telefon pintar anda, tetapi kalau anda install apps ini di telefon pintar kawan/kekasih/partner anda, anda boleh lock telefon pintar mereka juga.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]