Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Abam dikatakan kurang sihat sejak 2 hari lalu bagaimanapun tidak sedar sejak subuh pagi tadi dah disahkan meninggal dunia.

Abam Bocey meninggal dunia awal pagi tadi selepas dilaporkan tidak sihat sejak 2 hari lepas.

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi ini.

Berita mengejutkan tersebut dikongsi oleh rakannya Achey dan Fad yang juga anggota kumpulan Bocey menerusi Insta story.

“Guys Abam dah takde.

“Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…,” perkongsian Achey dalam Instagramnya.

“Assalammualaikum saya mohon doakan kekanda saya Syed Umar Mokhtar atau Abam telah pulang ke Rahmatullah… Allahuakbar.

“Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar, Innalillahiwainnailaihirojiun.. Kenapa kau pergi dulu bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nk peluk cium kauuuuuuuuu,” kata Fad dalam Instagramnya.

Fad Bocey (kiri) dan Achey Bocey (kanan) memuatkan status berhubung pemergian Abam Bocey dalam Instagram masing-masing.

Sementara itu menurut laporan gempak.com isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak 2 hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Biro Khariat Kematian Masjid Gombak Utara memaklumkan jenazah akan dimandikan dirumah dan akan dibawa ke Masjid Gombak Utara.

Jenazah akan disolatkan selepas solat asar dan dikebumikan di situ.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.