Kevin Morais penerima sulung anugerah anti-rasuah

Kevin Morais penerima sulung anugerah anti-rasuah

Anugerah oleh Yayasan Perdana Antarabangsa Anti-Rasuah itu disampaikan oleh Dr Mahathir Mohamad kepada abang Kevin, Richard Morais.

Bekas timbalan pendakwa raya, Anthony Kevin Morais.
PUTRAJAYA:
Bekas timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais dinobatkan sebagai penerima sulung Anugerah Anti-Rasuah oleh Yayasan Perdana Antarabangsa Anti-Rasuah.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada adik Kevin, Richard Morais.

Mahathir berkata penganugerahan itu bagi memperingati jasa Kevin, seorang pegawai kerajaan yang menurutnya, sanggup membayar harga yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah.

“Kita berada di sini untuk memberitahu dunia bahawa semua pegawai anti-rasuah yang telah membayar harga yang tinggi dalam tugas mereka adalah juara dan hero kita,” katanya dalam ucapan makan malam sempena pelancaran yayasan anti-rasuah itu, malam ini.

Kevin dipercayai diculik pada 4 Sept 2015 dan dicekik sehingga mati.

Mayatnya diletakkan dalam tong berisi simen dan ditemui di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya hampir 2 minggu selepas beliau dilaporkan hilang.

Enam orang, termasuk seorang ahli patologi tentera, didakwa berhubung kematiannya.

Sementara itu, penerima ke-2 anugerah yang sama ialah warganegara Indonesia, Novel Beswedan, seorang pegawai yang berkhidmat di Komisi Pemberantasan Korupsi
(KPK) Indonesia.

Semasa menjalankan satu siasatan pada Jun 2016, mukanya disimpah asid mengakibatkan beliau buta.

“Ternyata, ada banyak pegawai yang berani telah menderita dalam menegakkan integriti.

“Kepada mereka, anugerah kepada Morais dan Baswedan melambangkan penghargaan kita kepada mereka semua,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.