
Beliau tiba di kediamannya dari Istana Negara pada jam 12.15 tengah hari selepas selesai upacara mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-8.
“Terima kasih Allah dan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya akan keluarkan kenyataan dalam masa beberapa jam lagi,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Bukit Damansara di sini, hari ini.
Sebaik tiba, penyokong Muhyiddin mula bersorak dan melaungkan sorakan ‘Hidup Tan Sri’.
Muhyiddin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah Jawatan dansetia serta sumpah simpan rahsia sebagai perdana menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini kira-kira 10.33 pagi.
Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ke-7 pada 24 Feb selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum itu.