Tiada mesyuarat dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini, kata PMO

Ahmad Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dalam jadual Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini, kata Pejabat Perdana Menteri.

“Pada hari ini Perdana Menteri dijadualkan bertemu dengan ketua setiausaha negara dan ketua-ketua jabatan/agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu dilaporkan perbicaraan rasuah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan hari ini, kerana beliau perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan Muhyiddin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan 87 pertuduhan melibatkan pecah amanah, pengubahan wang, dan menerima rasuah.

Beliau berdepan pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuan untuk pelbagai projek sesama menjadi menteri dalam negeri.