
Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata salah faham itu disebabkan penggunaan perkataan yang salah di mahkamah semalam.
“Saya menerima terdapat salah faham dalam mengambil arahan daripada tertuduh oleh peguam,” katanya.
Beliau juga menerima permohonan maaf daripada Zahid, yang menghadapi tuduhan pecah amanah dan rasuah.
“Dia tidak berniat untuk mengelirukan mahkamah. Dia juga berjanji tidak mengulanginya,” katanya di ruang mahkamah yang penuh sesak.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan membiarkan tindakan atau kelakuan sedemikian kerana maruah dan integriti mahkamah mesti ditegakkan.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman penjara atau denda,” katanya.