PM Britain positif Covid-19

Boris Johnson, 55, mengalami gejala ringan Covid-19 pada Khamis. (Gambar AP)

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin, tetapi beliau akan terus mengetuai respons kerajaan untuk menangani penularan virus itu.

“Dalam 24 jam lalu, saya mengalami gejala ringan dan disahkan positif koronavirus.

“Saya sedang mengasingkan diri, tetapi saya akan terus mengetuai respons kerajaan melalui persidangan video ketika melawan virus ini,” kata Johnson.

Seorang jurucakap kerajaan berkata, Johnson, 55, mengalami gejala ringan pada Khamis – sehari selepas beliau menyertai sesi soal jawab mingguan perdana menteri di House of Commons.

“Perdana menteri diuji untuk koronavirus atas nasihat peribadi Ketua Pegawai Perubatan England, Prof Chris Whitty.”

Jurucakap itu berkata, ujian itu dijalankan di 10 Downing Street oleh kakitangan NHS dan hasilnya positif.