
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan 109 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, berbanding 156 semalam.
Dalam pada itu, seramai 121 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan keseluruhannya 1,608 orang sehingga kini.
Setakat hari ini, seramai 2,553 orang masih dirawat. Seramai 72 orang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi.
“Daripada jumlah itu 43 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini.
Jumlah keseluruhan kes jangkitan sehingga kini 4,228 orang.
Hari ini merupakan hari ke-2 berturut-turut bilangan harian pesakit yang pulih mengatasi kes jangkitan baru dalam tempoh 24 jam.
Daripada jumlah kes jangkitan baru pula, Selangor mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 40 kes, diikuti Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing 14.
Jumlah kumulatif yang dicatatkan di Selangor 1,118 kes – paling tinggi berbanding negeri lain – diikuti Kuala Lumpur 699 kes.
416 warga asing positif
Hisham turut memaklumkan Kementerian Kesihatan mengesan 416 kes positif Covid-19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia, termasuk 2 kematian.
“Daripada jumlah tersebut, antara negara utama adalah 51 warga Indonesia, 37 warga India, 31 warga Myanmar, 29 warga Pakistan, dan 27 warga Filipina.
“Kementerian bekerjasama rapat dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian bagi memastikan golongan pelarian dan pemohon suaka turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya, dan memaklumkan kementerian banyak dibantu NGO dan sukarelawan dalam mengesan pesakit di lapangan terbang dan pejabat kesihatan daerah.
Hisham turut memaklumkan Institut Penyelidikan Perubatan terlibat secara langsung dalam menjalankan ujian pengesanan Covid-19.
“Kapasiti makmal tersebut kini diperluaskan dan diperkukuhkan melibatkan 43 buah makmal daripada sektor awam, universiti dan sektor swasta.Terkini, kapasiti maksimum makmal untuk menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan Covid-19 sebanyak 11,546,” katanya.
Berikut keterangan mengenai pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini:
