Korea Selatan guna gelang elektrik bagi mereka langgar arahan kuarantin

Korea Selatan guna gelang elektrik bagi mereka langgar arahan kuarantin

Penggunaan gelang elektrik dilihat wajar oleh kerajaan Korea Selatan kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri.

Tentera tentera Korea Selatan berpakaian PPE dalam proses menyembur pembasmian kuman di Daegu, Korea Selatan. (Gambar AP)

Satu dunia ketika ini sedang berperang melawan wabak Covid-19 yang ketika ini sudah menjangkiti lebih 1.4 juta orang dan mengakibatkan lebih 80,000 orang maut.

Setiap negara mempunyai pendekatannya sendiri dalam memutuskan rantaian penyebaran Covid-19.

Dan bagi Korea Selatan, kerajaan itu memutuskan untuk menggunakan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri.

Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun ia langkah terbaik susulan berlaku peningkatan kes melanggar arahan kuarantin sejak beberapa minggu ini.

“Selepas mempertimbangkan dengan mendalam, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan penggunaan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri seperti keluar tanpa kebenaran dan tidak menjawab panggilan telefon,” katanya.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat tindakan memasang gelang elektrik itu adalah bertentangan dengan hak asasi manusia.

Buat masa ini, kerajaan Korea Selatan menggunakan aplikasi telefon bimbit bagi memantau pematuhan kuarantin namun ada laporan yang menyatakan penduduk sengaja mematikan lokasi GPS atau meninggalkan telefon bimbit di rumah mereka untuk keluar seperti biasa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.