Kes positif Covid-19 di Seremban meningkat

Kes positif Covid-19 di Seremban meningkat

Daerah itu mencatatkan peningkatan 41 kes semalam.

Sesebuah daerah yang merekodkan lebih 40 kes Covid-19 akan disenaraikan sebagai zon merah. 
PETALING JAYA:
Infografik Kementerian Kesihatan menunjukkan jumlah kes positif Covid-19 di Seremban meningkat dalam 24 jam lalu.

Berdasarkan data KKM, Seremban merekodkan 41 kes semalam (13 April), menjadikan keseluruhan 260 kes di ibu negeri bagi Negeri Sembilan.

Seremban sudah berada dalam senarai zon merah, iaitu daerah yang merekodkan lebih 40 kes Covid-19.

Setakat hari ini, tiada zon merah baru di seluruh negara, manakala zon merah lain ialah:

Petaling, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Hulu Selangor dan Klang (Selangor)

Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)

Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor)

Hilir Perak dan Kinta (Perak)

Rembau (Negeri Sembilan)

Kota Bharu (Kelantan)

Jerantut dan Kuantan (Pahang)

Jasin dan Melaka Tengah (Melaka)

Putrajaya (Wilayah Persekutuan)

Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak)

Tawau (Sabah)

Setakat ini, 77 kematian dan 4,817 kes positif Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.