Banjir kilat di P Pinang paksa 36 keluarga berpindah

Banjir kilat di P Pinang paksa 36 keluarga berpindah

148 mangsa pemindahan diasingkan di SK Juru dan SJK (C) True Light.

36 keluarga diasingkan di pusat pemindahan di SK Juru dan SJK (C) True Light.
GEORGE TOWN:
Seramai 148 orang berhampiran Perai dan Bukit Tengah di Pulau Pinang dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan di 2 sekolah selepas banjir kilat setinggi 1m melanda kediaman mereka berikutan hujan lebat petang semalam.

Mangsa pemindahan yang berasal dari 36 keluarga itu, diasingkan di SK Juru dan SJK (C) True Light sejajar dengan langkah berjaga-jaga terhadap Covid-19.

Mereka termasuk 5 bayi dan 2 wanita hamil, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan negeri, Phee Boon Poh.

Hujan lebat berukuran 26mm turun selama 2 jam di tanah besar Pulau Pinang, menyebabkan banjir kilat di beberapa kampung di kawasan rendah, kata jawatankuasa mitigasi banjir Pulau Pinang, semalam.

Jawatankuasa itu berkata 113 rumah terjejas akibat banjir di kawasan Perai dan Bukit Tengah. Sepuluh kawasan lain di Butterworth dan Kepala Batas dilaporkan turut terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.