Tiada had masa keluar untuk kenderaan persendirian

Tiada had masa keluar untuk kenderaan persendirian

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob ditanya adakah kenderaan persendirian boleh berada di jalan raya selepas 10 malam.

Ismail Sabri Yaakob
PUTRAJAYA:
Kerajaan mengesahkan tiada had masa keluar untuk kenderaan persendirian mengikut perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menjelaskan PKPB membebaskan pergerakan kenderaan persendirian, termasuk bagi perjalanan antara daerah.

“Sudah sebut antara daerah dan sebagainya telah dibebaskan, jadi tak ada had dari segi jangka masa untuk keluar,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita adakah kenderaan persendirian boleh berada di jalan raya selepas 10 malam mengikut PKPB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.