Pengarah urusan pertama Petronas meninggal dunia

Pengarah urusan pertama Petronas meninggal dunia

Rastam pernah menjawat beberapa jawatan penting negara antaranya sebagai timbalan gabenor Bank Negara Malaysia.

Rastam Hadi merupakan pengarah urusan Petronas yang pertama dari 1973 hingga 1987.
PETALING JAYA:
Bekas pengarah urusan Petronas Rastam Hadi disahkan meninggal dunia hari ini.

Perkara berkenaan disahkan Petronas menerusi ucapan takziah yang disampaikan daripada lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan syarikat berkenaan.

“Kami turut berdukacita dan mengucapkan takziah atas pemergian Rastam Hadi pada 9 Mei. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya syarikat minyak itu dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Sepanjang hayatnya, Rastam pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam negara antaranya sebagai timbalan gabenor Bank Negara Malaysia.

Rastam merupakan bekas pengarah urusan Petronas yang pertama dari 1973 hingga 1987.

Sementara itu, bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, Mohd Hassan Marican ketika dihubungi FMT turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Rastam.

Menurutnya, Rastam merupakan individu berprinsip dan mempunyai semangat nasionalis yang tinggi.

“Saya ada sekali-sekala jumpa dengan dia, beliau seorang yang berprinsip, bersemangat nasionalis, berintegriti. Memang sedih bila dengar beliau telah kembali ke rahmatullah,” katanya.

Rastam merupakan antara pegawai kanan Petronas yang tidak bersetuju dengan langkah syarikat minyak negara mengembangkan operasi ke luar negara pada awal 1990-an.

Sebaliknya beliau menggesa supaya Petronas memberi perhatian kepada usaha mengukuhkan operasi di Malaysia pada masa itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.