Sanusi dari PAS angkat sumpah MB Kedah petang ini

Sanusi dari PAS angkat sumpah MB Kedah petang ini

Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah pada 2 petang.

Adun Jeneri, Muhammad Sanusi dari PAS dijadualkan mengangkat sumpah menteri besar ke-14 hari ini.
ALOR SETAR:
Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dari PAS akan mengangkat sumpah menteri besar Kedah ke-14 pada 2 petang hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Ammar Shaikh Mahmood Naim pada sidang media tadi.

Ia susulan peletakan jawatan Adun Jitra, Mukhriz Mahathir dari PPBM hari ini.

Ammar berkata Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin mendapati Mukhriz hilang sokongan majoriti selepas menemubual 36 ahli Dewan Undangan Negeri pada Jumaat.

Katanya, Sultan Sallehuddin terima peletakan jawatan Mukhriz, bersama ahli-ahli exconya, berkuatkuasa hari ini.

Sanusi akan mengangkat sumpah di pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.