Lelaki dirakam cuba panaskan makanan guna lampu dalam pesawat

Seorang penumpang sebuah pesawat dirakam sedang cuba memanaskan makanannya menggunakan lampu pada kerusi penumpang, membuatkan netizen terhibur. (Gambar Instagram)

Jika anda pernah menaiki kenderaan awam yang berjam-jam lamanya, pasti anda juga pernah melihat pelbagai kerenah dan perangai manusia yang ada dalam kenderaan tersebut.

Ada yang tidak senonoh, kelakar dan juga pengotor.

Dan semestinya bagi perjalanan yang jauh, bekalan makanan akan dibawa sebagai pelapik perut.

Namun persoalannya disini, apa yang anda akan lakukan sekiranya makanan itu sejuk dan lebih sedap dimakan jika ia panas?

Inilah yang berlaku terhadap seorang penumpang sebuah pesawat yang dirakamkan sedang cuba memanaskan makanannya menggunakan lampu pada kerusi penumpang, membuatkan netizen terhibur.

Penumpang tersebut dilihat tidak mempunyai pilihan lain, melainkan terpaksa menggunakan lampu pada kerusinya untuk memanaskan sekeping piza.

Foto berkenaan dikongsikan oleh Instagram Passenger Shaming dengan kapsyen, “Memanaskan baki makanan yang ada”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]