Gara-gara mahu tebus e-wallet RM50 aplikasi MySejahtera ‘sesak’, jangan bimbang ia akan di kredit Julai

Pemberian kredit RM50 menerusi aplikasi MySejahtera bakal dikreditkan kepada pengguna seawal Julai dan bukanlah dalam masa terdekat. (Gambar Bernama)

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan pemberian wang RM50 kepada semua individu berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000.

Pemberian itu ialah menerusi program e-Penjana sebagai inisiatif kerajaan untuk merancakkan lagi industri dompet digital serta ekonomi dalam negara.

Sehubungan itu Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian wang ini akan dimasukkan ke e-wallet melalui aplikasi MySejahtera menyebabkan aplikasi itu serta merta ‘hang’ dan sesak.

Ia gara-gara tindakan orang ramai yang berpusu-pusu memuat turun aplikasi itu secara serentak membuatkan ia gagal diakses.

Bagaimanapun anda tidak perlu bimbang kerana difahamkan pemberian kredit RM50 menerusi aplikasi MySejahtera ini bakal dikreditkan kepada pengguna seawal Julai dan bukanlah dalam masa terdekat.

Malah kerajaan turut mengeluarkan kenyataan agar orang ramai bersabar serta menunggu seketika sementara menantikan aplikasi MySejahtera dapat diakses secara menyeluruh dan tidak perlu tergesa-gesa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]