Dengan ketinggian 2m, dulu dibuli kini model berjaya

Naomi (kiri) memiliki keistimewaan dengan ketinggiannya dan berjaya dalam dunia peragaan. (Gambar Instagram)

Memiliki ketinggian adalah satu kelebihan bagi sesiapa sahaja. Bukan sahaja kelihatan cantik malah dia mempunyai keistimewaannya sendiri.

Namun jika ketinggian terlalu tinggi sudah pasti ia akan bertukar menjadi bahan ejekan sesetengah orang.

Dan itulah yang berlaku terhadap seorang wanita ini apabila dia memiliki ketinggian 2m.

Malah lebih teruk dia pernah menjadi mangsa buli kerana ketinggiannya namun kini dia berjaya dalam dunia peragaan.

Di saat dia berusia 22 tahun, Naomi Lovell berasal dari Doncaster, Yorkshire, terpilih menyertai bidang peragaan pada Oktober 2018 di bawah sebuah agensi, lapor Metro.

“Saya sangat gembira kerana berjaya sertai bidang ini walaupun pada awalnya tidak menjangka semua akan berlaku.

“Saya juga teruja bersama rakan-rakan yang memiliki keunikan seperti saya. Dari situ, saya yakin, diri ini istimewa dan bangga,” katanya.

Menurutnya, ketinggiannya adalah faktor genetik diperoleh daripada keluarga.

“Ibu memiliki 1.7m, manakala ayah, 1.8m manakala adik-beradik, Bethan dan Amanda mempunyai ketinggian 1.7m,” katanya.

Ujar Naomi, dia sering dibuli, ditindas oleh rakan-rakan malah orang ramai kerana masalah ketinggiannya luar biasa daripada manusia normal.

Bagaimanapun, dirinya sering terpilih bagi menyertai pasukan bola keranjang wakili sekolah meskipun dia tidak gemar sukan tersebut.

Jelasnya, dia turut mengalami kesukaran untuk memilih pakaian dan sukar mencari pasangan hidup.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]