Rembau satu-satunya zon merah

Rembau satu-satunya zon merah

Daerah itu merekodkan 44 daripada 49 kes aktif di seluruh Negeri Sembilan.

Sebuah daerah akan dikategorikan zon merah apabila mencatatkan lebih 40 kes aktif Covid-19.
PETALING JAYA:
Rembau di Negeri Sembilan ialah satu-satunya zon merah Covid-19 di seluruh negara kerana masih mempunyai 44 kes aktif, menurut infografik Kementerian Kesihatan.

Sebuah daerah akan dikategorikan zon merah apabila mencatatkan lebih 40 kes aktif Covid-19.

Negeri Sembilan mencatatkan 49 kes Covid-19, yang tertinggi disusuli Selangor (30) dan Kuala Lumpur (29).

Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kedah dan Kelantan diklasifikasikan negeri hijau kerana tiada kes aktif lagi.

Sehingga kini, 8,572 kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan 8,156 pesakit pesakit sudah pulih, manakala 295 masih menerima rawatan.

Kematian kekal tidak berubah pada 121 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.