PPBM Sabah cadang pinda perlembagaan parti untuk tambah cawangan

PPBM Sabah cadang pinda perlembagaan parti untuk tambah cawangan

Berdasarkan Fasal 11.2 perlembagaan PPBM, penubuhan cawangan adalah satu cawangan bagi setiap PDM.

Setiausaha PPBM Sabah Ronald Kiandee berkata, pindaan perlu dibuat supaya penubuhan cawangan tidak lagi berdasarkan jumlah Pusat Daerah Mengundi di setiap kawasan Parlimen.
KUANTAN:
Setiausaha PPBM Sabah Ronald Kiandee mencadangkan supaya perlembagaan parti berhubung penubuhan cawangan dipinda bagi menambah jumlah cawangan sedia ada.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri makanan berkata, pindaan itu perlu supaya penubuhan cawangan tidak lagi dibuat berdasarkan jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap kawasan Parlimen.

“Penubuhan cawangan berdasarkan jumlah PDM, menyebabkan jumlah cawangan terhad. Jika jumlah cawangan ditambah seperti berasaskan kampung, maka ia membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk menjadi ahli.

“Ini sesuai dengan perkembangan semasa parti, yang semakin mendapat sambutan daripada mereka yang ingin menjadi ahli,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Berdasarkan Fasal 11.2 perlembagaan PPBM, penubuhan cawangan adalah satu cawangan bagi setiap PDM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.