Saya tak sokong Anwar, kata Mahdzir

Saya tak sokong Anwar, kata Mahdzir

Penafian itu dibuat selepas beliau yang juga ahli Parlimen Padang Terap dinamakan antara wakil rakyat Umno yang menyokong Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA:
Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menafikan dia antara wakil rakyat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Penafian itu dibuat selepas beliau yang juga ahli Parlimen Padang Terap dinamakan antara wakil rakyat Umno yang menyokong Anwar bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baharu.

“Saya, Mahdzir menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai ahli Parlimen Port Dickson, seperti dilaporkan sebuah portal berita dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong bagi membentuk kerajaan baharu.

Pengumuman Anwar itu dinafikan pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin termasuk BN, PAS, PPBM, GPS, STAR dan PBS.

Mereka menyangkal kenyataan Anwar dengan menyifatkan ia ulangan publisiti murahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.