5 cedera termasuk pelajar dalam kejadian tembakan di Banting

5 cedera termasuk pelajar dalam kejadian tembakan di Banting

Motif kejadian dipercayai pergaduhan antara 2 kumpulan.

Polis sedang mengenalpasti suspek dalam kejadian tembakan di Banting yang menyaksikan 3 pelajar cedera apabila dirempuh kereta mangsa. (Gambar Facebook)
BANTING:
Tiga pelajar tercedera apabila dirempuh sebuah kereta dinaiki 2 lelaki yang cuba menyelamatkan diri selepas ditembak suspek menaiki motosikal, dalam kejadian berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datuk tengah hari tadi.

Pemandu dan penumpang kereta itu juga cedera parah terkena beberapa das tembakan di dada dan beberapa bahagian badan, yang dilepaskan oleh 2 suspek yang mengekori mereka.

“Motif kejadian dipercayai pergaduhan antara 2 kumpulan dan suspek sedang dikenalpasti,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad dalam kenyataan.

Tiga pelajar terbabit cedera di leher dan kaki dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Kedua-dua mangsa tembakan pula masih diberi rawatan kecemasan di Hospital Banting.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.