Calon ketua menteri akan dibincang secepat mungkin, kata Bung

Calon ketua menteri akan dibincang secepat mungkin, kata Bung

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah yang beri kepercayaan kepada Gabungan Rakyat Sabah.

KOTA KINABALU:
Ketua Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin berkata soal calon ketua menteri akan dibincangkan secepat mungkin, tidak lama selepas angka tidak rasmi menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

“BN Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan diberikan oleh rakyat Sabah,” katanya kepada pemberita di bangunan Umno Sabah malam ini.

Bung juga yakin kerajaan baharu akan dapat dibentuk atas semangat setiakawan, dan begitu dalam perbincangan mengenai hala tuju dan arah kerajaan itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan masalah tidak akan timbul “jika tidak ada mana-mana pihak menimbulkan masalah”.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.