
Itu antara pemikiran morbid yang menghantui individu mempunyai masalah kesihatan mental, akhirnya mendorong mereka membunuh diri, kata Pengerusi Befrienders Kuala Lumpur Justin Victor.
“Isu kesihatan mental dan bunuh diri penyebab utama kematian ke-5 di seluruh dunia, kini menjadi kebimbangan global utama,” katanya menunjuk pada anggaran konservatif Malaysia iaitu 1,780 orang mati akibat bunuh diri setiap tahun atau 5 kematian sehari.
“Bagi setiap orang yang membunuh diri, 25 individu cuba membunuh diri dan 125 mempunyai idea untuk menamatkan riwayat mereka,” kata Victor dalam ceramah anjuran Kelab Rotary Lembah Klang baru-baru ini, pada sesi pendahuluan webinarnya yang akan datang mengenai kesihatan mental.
Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan kesihatan mental rakyat Malaysia bagi golongan remaja berusia 13 hingga 17 tahun, 1 dalam setiap 5 orang mengalami kemurungan, 2 dalam setiap 5 orang dilanda simptom keresahan dan 1 dalam setiap 10 orang mengalami tekanan.
Seorang peserta dalam ceramah itu turut membangkitkan kebimbangannya mengenai pandemik semasa Covid-19, perintah kawalan pergerakan dan seterusnya kejatuhan ekonomi antara faktor menyebabkan ramai masyarakat mengalami tekanan mental yang boleh menyumbang kepada isu kesihatan mental dan mendorong kejadian bunuh diri.
Victor yang mengakui kesan daripada senario semasa terhadap kesihatan mental tidak dinafikan, setiap individu juga perlu belajar untuk menguruskan tekanan dan bantuan itu boleh didapati. Lebih penting lagi, rakyat harus menjadikan kesejahteraan mental sebagai keutamaan.
Isu kesihatan mental akan dibincangkan secara mendalam di webinar Kelab Rotary Lembah Klang pada 4 petang, 10 Oktober bertemakan, “Stop the Stigma: Let’s Talk”, dengan sokongan Befrienders Kuala Lumpur yang menawarkan sokongan emosi dan terlibat dalam pendidikan awam untuk mencegah kejadian bunuh diri.
Ia akan turut disertai Profesor Madya Dr Amer Siddiq dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Naib Presiden Befrienders Victor Tan mengenai kesihatan mental dan Eka Shereen akan berkongsi pengalaman peribadinya mengenai kemurungan.
Untuk menyertai webinar itu boleh mendaftar di https://bit.ly/3fZX94Y.