Kategori dibenar masuk Sabah

Kategori dibenar masuk Sabah

Sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula 12 hingga 25 Oktober ini.

Sekatan perjalanan dari Sabah dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes Covid-19.
PETALING JAYA:
Walaupun kerajaan mengumumkan sekatan perjalanan dari Sabah bermula 12 hingga 25 Oktober ini berikutan peningkatan kes Covid-19, terdapat beberapa kategori yang diberikan kebenaran masuk ke negeri itu.

Berikut adalah perincian kategori dibenarkan berkuatkuasa 12 Oktober.

  • Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H
  • Pasangan kepada rakyat negeri itu yang memiliki pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.
  • Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah.
  • Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah.
  • Anggota perkhidmatan awam persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah selepas masuk ke Sabah.
  • Pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau kad permit masuk atau endosmen permit masuk dalam pasport.
  • Mereka hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan.
  • Mereka juga akan menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.