633 individu ditahan ingkar PKPP

633 individu ditahan ingkar PKPP

Daripada jumlah itu seramai 617 individu dikompaun, 44 direman dan 2 dijamin.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga kini lebih 7,000 pendatang asing tanpa izin berjaya ditahan menerusi Ops Benteng.
PETALING JAYA :
Polis menahan 663 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 617 individu dikompaun.

“Seramai 44 individu pula direman dan 2 dijamin,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau turut memaklumkan menerusi Ops Benteng dijalankan pihak berkuasa seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selain rampasan 3 bot dan 3 kenderaan darat.

“Sehingga kini, lebih 7,000 PATI berjaya ditahan menerusi Ops Benteng,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.