
“Kami masih menguji varian India, tetapi varian India mempunyai mutasi yang telah kami uji dan vaksin kami berjaya melawannya, jadi saya yakin,” kata Sahin.
“Vaksin ini dibina dengan bijak dan saya yakin benteng tersebut akan bertahan. Jika kita harus memperkukuhkan lagi benteng, maka kita akan melakukannya, ia tidak membimbangkan saya,” tambahnya.
India berdepan lonjakan kes dan kematian baharu akibat pandemik tersebut, tambah membimbangkan varian tersebut mungkin punca kepada bencana yang berlaku.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata varian B.1.617 Covid-19 yang pertama kali dijumpai di India itu telah dikesan semalam di “sekurang-kurangnya 17 negara”.
Badan kesihatan itu baru-baru ini menyenaraikan B.1.617 – yang memiliki beberapa sub-garis keturunan selain mutasi dan ciri yang sedikit berbeza itu sebagai “varian yang menarik minat”.
Tetapi setakat ini ia tidak disenaraikan sebagai “varian yang membimbangkan” – penanda yang menunjukkan ia lebih berbahaya daripada virus asal seperti lebih mudah dijangkiti, membawa maut atau kebal terhadap perlindungan vaksin.
Vaksin BioNTech-Pfizer adalah yang pertama diiktiraf Barat, dan sejak itu digunakan di puluhan negara di seluruh dunia.
Mengulas perkembangan proses pengesahan di China, Sahin berkata persetujuan “berkemungkinan besar dicapai pada bulan Julai”.
“Kami hampir selesai dengan semua persoalan berbangkit,” katanya.