9 maut kebakaran rumah di India selepas letupan penyaman udara

9 maut kebakaran rumah di India selepas letupan penyaman udara

Polis berkata hampir 20 lagi cedera dalam kejadian di kawasan Vivek Vihar, timur Delhi.

kebakaran
Polis berkata kebakaran merebak ke seluruh rumah dalam tempoh beberapa minit. (Gambar Bernama)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya sembilan maut, termasuk seorang kanak-kanak dan empat wanita, manakala hampir 20 lagi cedera dalam kebakaran sebuah rumah bertingkat di Delhi pada awal pagi Ahad susulan letupan kuat pada penyaman udara, lapor Xinhua memetik polis Delhi.

Kejadian berlaku di kawasan Vivek Vihar, timur Delhi, ketika mangsa sedang tidur. Kebakaran itu merebak ke seluruh rumah dalam tempoh beberapa minit, kata polis.

Semua sembilan mayat ditemui di beberapa bahagian rumah itu. Mangsa cedera dimasukkan ke hospital.

Sebanyak 14 jentera bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan penyaman udara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.