4 polis India maut letupan IED

4 polis India maut letupan IED

Pasukan keselamatan membersihkan tapak simpanan senjata milik Maois selepas sejumlah pemberontaknya 'meninggalkan keganasan dan tampil untuk pemulihan'.

police line do not cross
Empat anggota polis terbunuh ketika mendapatkan simpanan senjata pemberontak Maois di kawasan hutan di sempadan daerah Narayanpur dan Kanker. (Gambar Pixabay)
NEW DELHI:
Empat anggota polis India terbunuh dalam satu letupan di negeri Chhattisgarh pada Sabtu, menurut pegawai, lapor Anadolu Ajansi.

Pasukan keselamatan membersihkan tapak simpanan senjata milik Maois yang mengandungi “IED, senjata, alat ganti senjata dan peluru” selepas sejumlah pemberontak Maois “meninggalkan keganasan dan tampil untuk pemulihan”, kata P Sundarraj, pegawai kanan polis di negeri itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota dihantar untuk mendapatkan simpanan itu di kawasan hutan di sempadan daerah Narayanpur dan Kanker, iaitu sejumlah besar bahan elektronik yang disembunyikan Maois sebelum ini telah ditemui.

“Ketika mendapatkan semula satu lagi simpanan, letupan IED berlaku,” katanya sambil menambah empat anggota polis maut dalam letupan itu.

Lebih tiga dekad, pemberontak Maois yang juga dikenali Naxal di timur dan tengah India, berjuang untuk hak Orang Asli.

Mac lalu, Timbalan Ketua Menteri Chhattisgarh, Vijay Sharma, berkata kumpulan bersenjata Naxal “dihapuskan sepenuhnya” di Chhattisgarh selepas kerajaan India berulang kali berikrar akan membanteras pemberontakan menjelang Mac 2026.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.