
Video yang diambil orang awam dan disiarkan RIA menunjukkan dua kanak-kanak melompat dari aras tiga Sekolah Nombor 175 setinggi empat tingkat dengan bunyi tembakan jelas kedengaran.
Beberapa agensi berita Russia melaporkan dua penembak remaja terlibat, manakala media lain melaporkan hanya seorang lelaki terbabit.
Menurut RIA, seorang penembak berusia 19 tahun telah ditahan dan letupan telah didengar di sekolah itu.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan seorang pemuda dihempap ke tanah oleh seorang anggota polis di luar bangunan sekolah itu.
Rakaman turut menunjukkan kenderaan perkhidmatan kecemasan di luar sekolah itu, manakala orang ramai dilihat berlari ke arah bangunan itu.
Tidak jelas sama ada penembak lain yang masih bebas, malah motif kejadian juga tidak diketahui.
Kejadian tembak di sekolah amat jarang berlaku di Rusia. Sebelum ini kejadian seperti itu berlaku pada 2018 di Crimea, apabila seorang pelajar kolej menembak mati 19 yang lain sebelum membunuh diri.