
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.
Terdahulu, suspek yang juga seorang pekebun berusia 71 tahun tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan tangan bergari.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, ketiga-tiga mangsa yang berumur dalam lingkungan 37 dan 63 tahun maut dilokasi kejadian selepas ditembak suspek menggunakan senapang patah (short gun).
Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata polis menahan suspek warga tempatan kira-kira 200m dari lokasi kejadian dan turut merampas senjata api yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa.
Ab Rahaman berkata semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan mempunyai lesen senjata api yang sah.
Katanya, motif pembunuhan masih dalam siasatan tetapi pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada masalah hutang peribadi.